badminton


baru hari ni dapat post entri pasal diri aku sendiri.kalau tak kenal maka tak cinta.
jadi aku ceritalah pasal aku punya hobi dulu.
aku memang obses dengan sukan badminton.sejak sekolah rendah lagi dah mula 
bermain sport ni.memang dah sebati dalam diri aku lah katakan.
ingat lagi waktu dulu-dulu semasa aku nak ambik pmr.
sampaikan ayah aku sembunyikan raket gara-gara aku terlalu suka sangat bermain badminton.
tapi aku ni seorang yang keras kepala.


aku pergi menyusup masuk secara senyap-senyap ke dalam bilik ayah bila dia tak ada di rumah.
puas aku mencari di mana raket kesayangan aku tu.
rupa-rupanya ayah sembunyikan di bawah katil.
sukanya hati aku..apalagi aku terus ambik raket aku tu dan tukarkannya dengan raket lama.
aku terus saja pergi bermain dan bila selesai, aku letakkan semula
kat tempat ayah sembunyikan..jahatkan aku?


aku selalu masuk games kalau ada saje peluang.
hobi aku ni berterusan sampai aku melanjutkan pelajaran ke politeknik
dan sampailah aku dah bekerja sekarang ni.
pantang ada masa free, aku akan keluar bermain dengan rakan-rakan.
kira dah expert lah pasal badminton ni.


aku harap dapat pergi jauh lagi lepas ni.
dapat beraksi dalam games yang lebih besar dan berprestij.amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment